Thursday, January 21, 2010

Ada yang pengsan...


Salam w.b.t,

Semalam Alhamdulillah dapat kesempatan pergi ke hospital Bersalin berdekatan disini, menyaksikan secara dekat dan langsung seorang wanita bersalin.
Masya Allah,sangat banyak benda yg masih belum diketahui lagi. Alhamdulillah dapat memahami lebih dekat lagi proses bersalin ini, maka sepatutnya tambahlah keimanan kepada Allah S.W.T diberi hidayah dan petunjuk melihat perkara-perkara ajaib ini.

Asalnya, melihat sendiri hasil innovasi dan modifikasi cikgu disini kepada ventouse yg membantu ibu bersalin.
Sedikit kesalahan dalam menentukan koefisien geseran antara ventouse dan kepala bayi boleh menyebabkan kecacatan seumur hidup pada bayi.
Problem mekanik non-linear. Persamaan equilibrium harus dicari.Sesuaikah menggunakan elastomer? atau menggunakan bahan pengingat memori Nikel-Titane yg dijadikan thesis Phd guruku 25 tahun dahulu.
Mahu pula kena bekerjasama dengan pakar obstetrik dan ginekologi yang buta ilmu mekanik dan bendalir, bagaimana mahu menjelaskan kekangan yang dihadapi.
Masalah juga...
Mujur kita mampu mentadabbur hikmah kejadian manusia di muka bumi..
Anda bagaimana?

Monday, January 11, 2010

Titik Pertemuan

Islam itu indah.
Sungguh,
ikhwah itu indah, setiap hari kita harus jatuh cinta dengan Islam kerana itu jualah yang sentiasa memautkan hati kita.

Seriously,never underestimate the power of tarbiyyah

Saturday, January 9, 2010

I love You !

Untuk mencintai dan jatuh hati pada manusia mungkin senang.
Untuk mencintai Allah mungkin susah.

Mungkin anda kata, saya senang jer nak mencintai Allah. Tapi adakah anda mencintai Allah ketika susah sahaja?

Bagaimana ketika senang? adakah anda bersyukur dengan nikmat Allah?

Saturday, January 2, 2010

Kreatif

Seorang yang bergelar dai'e itu harus kreatif dan innovatif dan pendekatan menyeru manusia.

Teknologi mungkin membantu,tetapi seorang dai'e harus bersedia dalam apa jua sekalipun untuk menyeru manusia kepada makruf dan mencegah kepada munkar.

Wednesday, December 30, 2009

Buat Murabbiku

Special dedicace utk murabbi-murabbi ku.

Sunday, December 27, 2009

Buang lagi

Semalam ada bayi cukup sifat dibuang.Dibawah jambatan di Kuala Lumpur.


Sayang,kau pandai buat tak pandai tanggung.

Sayang, kau hanya tahu keseronokan,tetapi melaksanakannya dijalan kebatilan.

Sayang, Allah memberi kau akal fikiran untuk berfikir, tetapi perbuatanmu lebih jahil dan zalim dari haiwan.

Berfikirlah.........

Mahu tunggu lagikah bala dari Allah?

Thursday, December 17, 2009

Jilbaber

“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu(agar menaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam(negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu).” (QS. 17: 16)


Jilbaber