Monday, September 29, 2008

Nukilan Pertama

Assalamualaikum w.b.t,

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian, marilah kita sama-sama beristighfar dan bermuhasabah diri mengingati akan segala perbuatan yang kita lakukan sama ada sedar atau tidak. Marilah kita menginsafi kejadian kita ini sebagai hamba yang mengabdikan diri kita kepada Allah S.W.T.

Lupakanlah seketika perasaan kecelaruan dan gundah gulana mengenai dunia yang tidak kekal ini. Kita tidak tahu bilakah kita akan meninggalkan dunia ini. Oleh itu semoga setiap perbuatan kita di redhai Allah hendaknya.

Ketahuilah cinta kepada dunia boleh membawa kepada kekufuran, menyebabkan kita lupa kepada pencipta kita. Ketahuilah bahawa hanya Allah yang mampu menentukan segalanya.

Jika anda seorang pelajar seperti saya, mungkin ketika ini anda merisaui akan kerja rumah atau ujian-ujian yang bakal menempuh anda.

Namun adakah anda mengetahui bahawa anda sedang menjalani ujian setiap hari bagi mengukur ketaqwaan dan keimanan anda kepada Allah.

Ketahuilah dan ingatilah jika anda bersedih dan berduka kerana tidak memperoleh sesuatu, ianya adalah satu ujian daripada Allah, anda harus bersyukur kerana menerima ujian ini.Jika anda mengambilnya secara positif, insya Allah keimanan dan keyakinan anda kepada Allah akan bertambah.

Ramai orang yang apabila Allah memberikan ujian, hatinya gundah gulana, tidak tenang dan daripada itulah timbul perasaan buruk sangka dengan Allah.

Saya berikanlah contoh paling senang dan biasa sekali dalam kehidupan seharian kita ni.

Katakanlah si A ni minat dengan si B. Si A dah usaha macam-macam, kalau dalam cerita cintan2 tu, sampai nak meredah lautan dan gunung. Tapi si B ni tak layan dan buat biaser jer. Si A ni konpemlah frust, kalolah si A ni tak berfikir secara positif dan merasakan bahawa Allah tidak adil kepadanya, tentulah si A ni menjadi kufur kerana berburuk sangka dengan Allah. Kalaulah akal si A ni tak mampu untuk menterjemahkan segala peristiwa yang berlaku kepadanya membawa hikmah, sudah tentu si A ni jadi gila. Sebenarnya hal ini banyak yang berlaku dalam masyarakat kita, dan saya pernah melihat bagaimana seorang isteri menjadi gila kerana suaminya berkahwin dua.

Mengapa Allah member ujian?

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 216

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Sesungguhnya setiap apa yang berlaku kepada kita ada tujuannya, dan jika kita cuba relatekan ayat di atas dengan apa yang berlaku kepada si A. Mungkin si A tidak mengetahui bahawa si B bukanlah jodoh ketentuan Allah baginya.Dan kita harus ingat bahawa ketentuan Allah itulah terbaik bagi kita.

Masalah dalam diri kita

Ada orang mendefinisikan keamanan, kesejahteraan dan kemewahan di dunia adalah segala-galanya.Sudah menjadi nature kepada setiap manusia (termasuk saya sendiri), untuk mengejar pangkat dan kekayaan, dan kemewahan dan kenikmatan di dunia.

Tetapi beramai di antara kita yang mengetahui bahawa semua perkara yang saya nyatakan di atas itu tidak mampu menjamin ketenangan hati kita. Sebagai contoh, jika anda pernah melihat PM Malaysia di TV berada dalam satu majlis rakyat misalnya, anda akan melihat bagaimana setiap kali PM masuk ke sesuatu majlis untuk bersalaman kepada rakyat, penuh bodyguard2 beliau yang terdiri drpd polis2 dan komando terlatih.

Persoalannya, perlukah semua bodyguard itu jika hati PM tenang dan tidak takut daripada sebarang ancaman ?

PM mempunyai kuasa, kereta yang besar, rumah yang besar, kemewahan dan segala-galanya.Namun saya boleh jamin hanya beberapa hari dalam seminggu beliau boleh tidur nyenyak dan lena.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ra’ad :28

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

Hanya orang yang beriman kepada Allah dengan melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan perintahnya akan mendapat ketenangan hakiki drpd Allah S.W.T.

Ketahuilah dan yakinilah sesungguhnya orang yang paling mulia kedudukannya disisi Allah adalah orang yang paling bertakwa dikalangan kita.

Moga-moga hati kita ini akan sentiasa tenang, dan ketahuilah dunia ni tak akan kekal lama dan semoga pekerjaan kita di dunia ini sentiasa diberkati Allah S.W.T