Special dedicace utk murabbi-murabbi ku.
Wednesday, December 30, 2009
Sunday, December 27, 2009
Buang lagi
Semalam ada bayi cukup sifat dibuang.Dibawah jambatan di Kuala Lumpur.
Sayang,kau pandai buat tak pandai tanggung.
Sayang, kau hanya tahu keseronokan,tetapi melaksanakannya dijalan kebatilan.
Sayang, Allah memberi kau akal fikiran untuk berfikir, tetapi perbuatanmu lebih jahil dan zalim dari haiwan.
Berfikirlah.........
Mahu tunggu lagikah bala dari Allah?

Thursday, December 17, 2009
Jilbaber
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu(agar menaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam(negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu).” (QS. 17: 16)
Jilbaber
Wednesday, December 16, 2009
Dakwah Lapangan
Salam perjuangan dan sarawajagat.
"Akhi, ana peninglah dengan mad'u ana, usrah pergi, program pergi, tetapi seolah-olah menjadi Individu Muslim hanya ketika berada didalam liqa'"
"Diluar liqa, pantang dengan pengaruh member, di ajak ke clubbing, di ajak membuat maksiat, senang-senang sahaja".
"Seolah-olah tak pernah dijirus dengan air tarbiyyah" kata sang mad'u kepada murabbinya itu.
"Akhi, percayalah, masalah anta itu kecil sahaja jika nk dibandingkan dengan masalah diluar sana, medan sebenar kita, di tanah air..." balas sang murabbi...
Dakwah di Lapangan.
Islam bukan sahaja mengajak kepada makruf, malah lebih daripada itu, mencegah kepada munkar.
Hari ini banyak method dan cara untuk mengajak manusia kembali menyaksikan penyaksian shahadatul Haq, namun pernahkah kita mendengar "dakwah di lapangan".
Apabila berlaku maksiat didalam sesuatu negeri, hendaklah kita mencegah, jika tidak mampu dengan perbuatan, hendaklah dilakukan dengan perkataan, jika tidak mampu dengan perkataan, hendaklah dilakukan dengan hati. Dan itu adalah selemah-lemah iman.
Bagaimana jika semua dai'e hari ini hanya memilih option "hati" itu?
Bagaimana jika semua dai'e hari ini, hanya memilih mereka yang berpotensi, lantas dicampak mereka yang nampak susah untuk di ajak kepada jalan kebenaran ini?
Fikir-fikirkan...
Seonggok kemanusiaan terkapar. Siapa yang mengaku bertanggung jawab? Bila semua pihak menghindar, biarlah saya yang menanggungnya, semua atau sebagiannya – Rahmat Abdullah

Monday, December 14, 2009
"INDAHNYA KEHIDUPAN INI ANDAINYA IA UNTUK ISLAM"
Baru-baru ini ada seorang akhi telah memberi sedikit tazkirah kepada saya.
Katanya ramai ikhwah dan akhawat yang tergelincir di jalan dakwah setelah bernikah.
Mungkin, katanya, bertambah komitmen dan tanggungjawab.
Saya tak berani nk komen lebih2,sebab takder pengalaman dan amat jahil dalam bab-bab sebegini.
Antara yang saya kenal, murabbi saya dahulu yg bernikah di jalan dakwah, dan telah bekerja di sebuah GLC di Malaysia.
Beliau pula tinggal jauh dari bandar, bandar yang berdekatan pun tidaklah segah mana.
Sebagai orang muda,sudah tentu lebih muda untuk mendekati orang muda. Menyedari hakikat ini, akh ini,telah menerokai IPT-IPT disekeliling bandar itu, mencari mad'u yang dahagakan penyaksian kebenaran Islam ini.
Akh ini juga sanggup berulang 120 km 2 kali seminggu utk mempelajari bahasa Arab, berjumpa dengan anak-anak usrah di bandar lain.
Penat tidak dikira. Teringat lagi kata-kata akh ini,ketika sempat bersama dalam satu liqa' ketika summer-summer baru ini.
"Orang lain kerja, mungkin dah boleh simpan duit, ana kerja dah dekat dua tahun, duit pun cukup-cukup sahaja,semuanya dibelanjakan untuk jalan dakwah, untuk mad'u, untuk haraki,untuk menambah ilmu."
Di Malaysia, ramai juga junior dan rakan saya di SMR dulu telah berkahwin di jalan dakwah. Sudah tentu perjalanan mereka berbeza dari rakan-rakan di luar negara ini.
Ada yang bertemu jodoh di Darul Quran, ada yang bertemu jodoh di Maktab Perguruan, ada yang bertemu jodoh di IPT dsbnya.
Ramai juga yang masih aktif di jalan dakwah, mempunyai mad'u di universiti mereka, dalam masa sama ada yang sudah menggalas tanggungjawab sebagai bapa/ibu dan juga pelajar.
Mereka semua sedar akan hakikat keindahan kehidupan dalam Islam. Jika sudah berkenan,kahwin sahajalah untuk mengelakkan zina dan maksiat.
Islam itu indah,hidup di jalan Islam sangat indah.
Ada juga yang sempat mengirim e-mel kepada saya mengenai kewujudan "married student community",dengan moto "Yang dicari hanyalah ketenangan di hati"
http://mascomm.ning.com/?xg_source=badge
Berkongsi pendapat dan pandangan sebagai ibu-bapa muda.Ketawa juga saya melihat forum-forum yang dipost.
Bagi orang yang tidak mengenali keindahan islam ini, ramai yang bagi alasan, tidak cukup wang untuk berkahwin, tidak kurang juga yang memberi alasan hanya mahu untuk bersuka-suka dan hilang boring.
Yang dikesali, apabila terlanjur, ibu-bapa yang menjadi malu.
Usah dibincang mengenai bilangan anak luar nikah di Malaysia.
Alangkah indahnya hidup ini, jika ianya didalam Islam dan dilaksanakan untuk Islam.

Sunday, December 13, 2009
Masjid-masjid yang akan dibina
Memang saya sentiasa lemah dan serba kekurangan.Mungkin ini complex inferiority yang harus ditangani.
Tetapi,bukan perkara yang dibuat-buat.Ianya hadir dari muhasabah yang berterusan,setiap kali melakukan sesuatu perkara,dan memikirkan sesuatu perkara.
Bila membandingkan diri dengan orang lain, sudah tentu merasai,
"Hebatnya mereka",
"Macam tak caya I am what I am now".
"Yes, he/she deserves it"
Tetapi,saya rasa dan saya fikir kembali,jika kita asyik memikirkan kekurangan,sudah tentu kita tidak akan mampu menjadi konstruktif dalam menyumbang kearah jalan Allah S.W.T.
Mungkin,kita harus menajamkan kelebihan yang ada. Mengasahkan lagi bakat yang ada.
Penilaian manusia tidak penting,kerana penilaian manusia juga bergantung kepada kelemahan mereka sebagai manusia.
“ Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dari
kalangan kamu ”.
Muhasabah diri kita.
Kesempatan ini juga diambil untuk mengucapkan selamat kepada ikhwah-ikhwah yang bakal membina baitul muslim pada musim cuti ini.
Semoga Allah merahmati kalian dan meransang utk lebih aktif di jalan dakwah.

Adakah kau lupa ?
1 Muharram 1430 akan tiba pada 29 Disember Tahun Masihi.Apakah itu 1 Muharram?
Hari ini ramai yang ingin betul-betul faham tentang Islam.Ramai yang ingin mengenali dan menjadi Individu Muslim yang sebenar. Saya juga mahu, dan masih juga belajar.
Sudah tentu,dalam tempoh pembelajaran itu,saya banyak melakukan kesilapan.Terlanjur kerana manusia itu memang pelupa.
Perkataan manusia itu sendiri berasal daripada perkataan "nasia" iaitu lupa dalam bahasa Arab.
Sejarah merupakan sesuatu perkara yang mesti diketahui oleh setiap orang untuk mengambil ibrah dan teladan terhadap apa yang berlaku.
Hari ini,berapa ramai yang boleh menceritakan sejarah 1 Muharram? Penghijrahan Nabi dan umat Islam,dari Mekah ke Madinah?
Pengorbanan kaum Ansar kepada Muhajirin?
Itu sejarah Islam yg. basic. Apatah lagi sejarah-sejarah besar seperti penerimaan wahyu oleh Nabi S.A.W,khalifah dsbnya.
Yang peliknya,sejarah barat pun tidak ramai yang tahu. Secara pukul rata,memang kita malas membaca,mengambil remeh tentang peristiwa dan sejarah.
Yang lebih mengasyikkan minda sudah tentu melihat drama-drama Korea,Jepun dan tidak kurang juga drama-drama US seperti Prison Break,Chuck dsbnya.
Saya tidak merasakan menjadi satu kesalahan untuk menonton bahan-bahan seperti itu.
Tetapi, apa yang menjadi kebendulan,adalah apabila perkara yang wajib diketahui ditinggalkan tetapi perkara yang hanya menjadi bahan hiburan sementara diagung-agungkan.
Jikalau anda pelajar biasa dan bukan terpilih,mungkin anda tidak merasakan pengorbanan yang dilaburkan untuk anda.
Bersyukurkah anda?
Hari ini,kita banyak lebih tahu perkara yang tidak sepatutnya daripada perkara yang patut?
Sudah hafal berapa surah dalam Al-Quran berbanding story line cerita Korea?
Kita semua diracuni oleh serangan pemikiran orang kafir.
"Umat Islam tidak perlu ditentang dan dibunuh, mereka hanya perlu diracuni dan dilalaikan"
Oleh itu tidak hairan jika hari ini, anda bertanya "Bilakah tarikh lahir anda dalam Kalendar Hijriyyah?"
Belum tentu seorang Imam boleh menjawab........

Saturday, December 12, 2009
Salam.
Saya sebenarnya tidak pandai menulis.Sudah kekeringan idea sejak akhir-akhir ini.
Muhasabah untuk diri kerana terlalu sibuk memikiran persamaan Helmotz dan Navier-Stokes,lantas alpa untuk memikir mengenai ummat.
Baru-baru ini,saya terjumpa Facebook murabbi-murabbi lama di zaman SMR dahulu.Hampir 10 tahun lepas.
Mereka-mereka yang banyak memberi pengaruh dalam diri saya.Mereka yang mengajar perkataan "biah solehah".
Mereka yang mengajar agar berani menjadi imam.
Mereka yang memberi contoh dengan perlakuan dan percakapan yang zuhud.Mereka yang mengajar qiyamullail.
Mereka yang memberi denda kerana lewat turun ke surau.
Mereka kini dengan kerjaya masing-masing dan bekeluarga.Graduan Al-Azhar.Mohandas.Peguam.
Apapun,mereka masih di medan dakwah.Dengan mad'u yang bertukar-tukar.Mereka dahaga untuk memberi diri mereka untuk mad'u mereka.
Saya masih jauh untuk dibandingkan dengan mereka......

Salam Grenoble,Aix dan Marseille.
Pertamanya,marilah kita memanjatkan setinggi-setinggi kesyukuran kerana Allah S.W.T masih memberikan kita nikmat iman dan Islam.
Minggu lepas sahaja,saya dikejutkan dengan kematian 2 orang sahabat yang saya tidak berapa kenal,semuanya sebaya dengan saya.
23 tahun.
Arwah Hazirah yang meninggal dunia akibat satu penyakit yang menyerang arwah tiba-tiba, cancer yang menyebabkan arwah koma selama sebulan dan meninggal dunia pada pagi Rabu.
Semalam pula,saya terbaca sebuah blog akhawat Mesir yang menyiarkan berita kematian seorang pengantin lelaki yg baru melangsungkan perkahwinan selama 4 jam.
Pagi tadi barulah saya tahu,bahawa pengantin lelaki itu seorang ikhwah yang banyak berjasa pada medan dakwah di France ini.
Video arwah Arep bersama-sama dai'e dari Notts.
Semoga keluarga kedua-dua arwah tabah menghadapi dugaan ini.
(2:286)
Saya juga masih teringat akan kematian sahabat saya arwah Mat Noor 5 tahun yang lepas.
Masih segar lagi memori bersama dengan arwah.
Terasa baru semalam bercakap dengan arwah.
Semoga setiap dai'e yang gugur di jalan Allah ini,akan digantikan dengan bakal-bakal dai'e yang akan memancarkan lagi cahaya Islam.
Amin ya rabbal Ala-min.
Grenoble

'Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.'
(2:286)
Saya juga masih teringat akan kematian sahabat saya arwah Mat Noor 5 tahun yang lepas.
Masih segar lagi memori bersama dengan arwah.
Terasa baru semalam bercakap dengan arwah.
Semoga setiap dai'e yang gugur di jalan Allah ini,akan digantikan dengan bakal-bakal dai'e yang akan memancarkan lagi cahaya Islam.
Amin ya rabbal Ala-min.
Grenoble
Monday, December 7, 2009
Istiqamah
Apa-apa dalam amal, istiqamah yang paling penting dan paling susah.
Semoga kita istiqamah dalam amal kita.Ameen

Sunday, December 6, 2009
Palestine

“Remember the solidarity shown to Palestine here and everywhere... and remember also that there is a cause to which many people have committed themselves, difficulties and terrible obstacles notwithstanding. Why? Because it is a just cause, a noble ideal, a moral quest for equality and human rights.”
Edward Said
Saturday, December 5, 2009
Hingga ke titisan terakhir.
"Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!"Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada murabbinya di suatu malam.
Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'unya.
"Lalu apa yang ingin anta lakukan setelah merasakan semua itu?" Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.
"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja." Ikhwah itu berkata.
Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.
"Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.
Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat. "Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.
"Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?"
Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.
"Akhi, apakah anta masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?"Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah.
Ia hanya mengangguk."Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya? " Tanya sang murabbi lagi.
Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.
"Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah*. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji- NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana."Sang mad'u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya.
Sang murabbi tersenyum. "Akhi, jama'ah* ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."
"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka."
"Futur, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" Sambungnya panjang lebar.
"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah."
Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.
"Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"
Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.
"Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" Sahut sang murabbi.
"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri."
Malam itu sang mad'u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama'ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.
Kemenangan atau Mati Syahid
Ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur kerana kehujanan, tidak ghurur* kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian. Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.
Ramai orang melihat dan memilih jemaah tersebut di atas kehebatan para pengikutnya, kehebatan pemimpinnya memberi ucapan ,berpidato dan sebagainya sedangkan itu kelebihan individu. Dan ramai orang memilih jemaah kerana kesan tarbiyyahnya. Akan tetapi semestinya apa yang penting ialah apakah jemaah itu berikan sumbangan untuk Islam dan ketepatan perjuangan prinsipnya...

Wednesday, December 2, 2009
Aku yang tidak tahu bersyukur...........
Alhamdulillah.
Muslimin-muslimat sekalian.
Sesungguhnya manusia ini sentiasa lupa.Lupa untuk bersyukur kepada Allah S.W.T.
Kita lupa atas nikmat dan pemberian Allah S.W.T.
Analogi yang cukup mudah;sebagai manusia biasa kita mesti sentiasa mahu dihargai dan diappresiasi keatas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Seorang isteri sudah pasti mahu suaminya menghargai pengorbanan beliau sebagai isteri.
Seorang guru sudah tentu pasti mahu anak muridnya menghormati pengorbanan beliau sebagai seorang guru.
Seorang rakan sudah pasti mahu sahabatnya menghargai pengorbanannya sebagai seorang sahabat.
Sudah tentu, kita mahu orang berterima kasih, kalau tidak membalas sekalipun kebaikan kita.
Zalimlah Allah S.W.T jika mempunyai sifat seperti kita.
Sudah pasti setiap masa dan setiap saat dimuka bumi ini akan ditimpa bencana kerana teramata sedikit orang yang bersyukur.
Berapa ramai orang yang tidak bersyukur.Aku juga tidak terkecuali daripada golongan ini.
Merintih bila ditimpa ujian,bila dikecewakan.
Disaat menerima nikmat dan pemberian Allah,tidak tahu berterima kasih.
Tidak menghargai nikmat dan pemberian Allah S.W.T
Apakah tujuan hidup?
Mencari kenikmatan di dunia sementara?
15 Zulhijjah 1430
Bd. Agutte-Sembat

Subscribe to:
Posts (Atom)