Monday, December 14, 2009

"INDAHNYA KEHIDUPAN INI ANDAINYA IA UNTUK ISLAM"

Baru-baru ini ada seorang akhi telah memberi sedikit tazkirah kepada saya.
Katanya ramai ikhwah dan akhawat yang tergelincir di jalan dakwah setelah bernikah.
Mungkin, katanya, bertambah komitmen dan tanggungjawab.

Saya tak berani nk komen lebih2,sebab takder pengalaman dan amat jahil dalam bab-bab sebegini.


Antara yang saya kenal, murabbi saya dahulu yg bernikah di jalan dakwah, dan telah bekerja di sebuah GLC di Malaysia.
Beliau pula tinggal jauh dari bandar, bandar yang berdekatan pun tidaklah segah mana.

Sebagai orang muda,sudah tentu lebih muda untuk mendekati orang muda. Menyedari hakikat ini, akh ini,telah menerokai IPT-IPT disekeliling bandar itu, mencari mad'u yang dahagakan penyaksian kebenaran Islam ini.

Akh ini juga sanggup berulang 120 km 2 kali seminggu utk mempelajari bahasa Arab, berjumpa dengan anak-anak usrah di bandar lain.

Penat tidak dikira. Teringat lagi kata-kata akh ini,ketika sempat bersama dalam satu liqa' ketika summer-summer baru ini.

"Orang lain kerja, mungkin dah boleh simpan duit, ana kerja dah dekat dua tahun, duit pun cukup-cukup sahaja,semuanya dibelanjakan untuk jalan dakwah, untuk mad'u, untuk haraki,untuk menambah ilmu."

Di Malaysia, ramai juga junior dan rakan saya di SMR dulu telah berkahwin di jalan dakwah. Sudah tentu perjalanan mereka berbeza dari rakan-rakan di luar negara ini.

Ada yang bertemu jodoh di Darul Quran, ada yang bertemu jodoh di Maktab Perguruan, ada yang bertemu jodoh di IPT dsbnya.

Ramai juga yang masih aktif di jalan dakwah, mempunyai mad'u di universiti mereka, dalam masa sama ada yang sudah menggalas tanggungjawab sebagai bapa/ibu dan juga pelajar.

Mereka semua sedar akan hakikat keindahan kehidupan dalam Islam. Jika sudah berkenan,kahwin sahajalah untuk mengelakkan zina dan maksiat.

Islam itu indah,hidup di jalan Islam sangat indah.

Ada juga yang sempat mengirim e-mel kepada saya mengenai kewujudan "married student community",dengan moto "Yang dicari hanyalah ketenangan di hati"
http://mascomm.ning.com/?xg_source=badge

Berkongsi pendapat dan pandangan sebagai ibu-bapa muda.Ketawa juga saya melihat forum-forum yang dipost.


Bagi orang yang tidak mengenali keindahan islam ini, ramai yang bagi alasan, tidak cukup wang untuk berkahwin, tidak kurang juga yang memberi alasan hanya mahu untuk bersuka-suka dan hilang boring.

Yang dikesali, apabila terlanjur, ibu-bapa yang menjadi malu.
Usah dibincang mengenai bilangan anak luar nikah di Malaysia.

Alangkah indahnya hidup ini, jika ianya didalam Islam dan dilaksanakan untuk Islam.


No comments: