Pertamanya,marilah kita memanjatkan setinggi-setinggi kesyukuran kerana Allah S.W.T masih memberikan kita nikmat iman dan Islam.
Minggu lepas sahaja,saya dikejutkan dengan kematian 2 orang sahabat yang saya tidak berapa kenal,semuanya sebaya dengan saya.
23 tahun.
Arwah Hazirah yang meninggal dunia akibat satu penyakit yang menyerang arwah tiba-tiba, cancer yang menyebabkan arwah koma selama sebulan dan meninggal dunia pada pagi Rabu.
Semalam pula,saya terbaca sebuah blog akhawat Mesir yang menyiarkan berita kematian seorang pengantin lelaki yg baru melangsungkan perkahwinan selama 4 jam.
Pagi tadi barulah saya tahu,bahawa pengantin lelaki itu seorang ikhwah yang banyak berjasa pada medan dakwah di France ini.
Video arwah Arep bersama-sama dai'e dari Notts.
Semoga keluarga kedua-dua arwah tabah menghadapi dugaan ini.
'Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.'
(2:286)
Saya juga masih teringat akan kematian sahabat saya arwah Mat Noor 5 tahun yang lepas.
Masih segar lagi memori bersama dengan arwah.
Terasa baru semalam bercakap dengan arwah.
Semoga setiap dai'e yang gugur di jalan Allah ini,akan digantikan dengan bakal-bakal dai'e yang akan memancarkan lagi cahaya Islam.
Amin ya rabbal Ala-min.
Grenoble
No comments:
Post a Comment