Salam.
Saya sebenarnya tidak pandai menulis.Sudah kekeringan idea sejak akhir-akhir ini.
Muhasabah untuk diri kerana terlalu sibuk memikiran persamaan Helmotz dan Navier-Stokes,lantas alpa untuk memikir mengenai ummat.
Baru-baru ini,saya terjumpa Facebook murabbi-murabbi lama di zaman SMR dahulu.Hampir 10 tahun lepas.
Mereka-mereka yang banyak memberi pengaruh dalam diri saya.Mereka yang mengajar perkataan "biah solehah".
Mereka yang mengajar agar berani menjadi imam.
Mereka yang memberi contoh dengan perlakuan dan percakapan yang zuhud.Mereka yang mengajar qiyamullail.
Mereka yang memberi denda kerana lewat turun ke surau.
Mereka kini dengan kerjaya masing-masing dan bekeluarga.Graduan Al-Azhar.Mohandas.Peguam.
Apapun,mereka masih di medan dakwah.Dengan mad'u yang bertukar-tukar.Mereka dahaga untuk memberi diri mereka untuk mad'u mereka.
Saya masih jauh untuk dibandingkan dengan mereka......
Saturday, December 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment