1 Muharram 1430 akan tiba pada 29 Disember Tahun Masihi.Apakah itu 1 Muharram?
Hari ini ramai yang ingin betul-betul faham tentang Islam.Ramai yang ingin mengenali dan menjadi Individu Muslim yang sebenar. Saya juga mahu, dan masih juga belajar.
Sudah tentu,dalam tempoh pembelajaran itu,saya banyak melakukan kesilapan.Terlanjur kerana manusia itu memang pelupa.
Perkataan manusia itu sendiri berasal daripada perkataan "nasia" iaitu lupa dalam bahasa Arab.
Sejarah merupakan sesuatu perkara yang mesti diketahui oleh setiap orang untuk mengambil ibrah dan teladan terhadap apa yang berlaku.
Hari ini,berapa ramai yang boleh menceritakan sejarah 1 Muharram? Penghijrahan Nabi dan umat Islam,dari Mekah ke Madinah?
Pengorbanan kaum Ansar kepada Muhajirin?
Itu sejarah Islam yg. basic. Apatah lagi sejarah-sejarah besar seperti penerimaan wahyu oleh Nabi S.A.W,khalifah dsbnya.
Yang peliknya,sejarah barat pun tidak ramai yang tahu. Secara pukul rata,memang kita malas membaca,mengambil remeh tentang peristiwa dan sejarah.
Yang lebih mengasyikkan minda sudah tentu melihat drama-drama Korea,Jepun dan tidak kurang juga drama-drama US seperti Prison Break,Chuck dsbnya.
Saya tidak merasakan menjadi satu kesalahan untuk menonton bahan-bahan seperti itu.
Tetapi, apa yang menjadi kebendulan,adalah apabila perkara yang wajib diketahui ditinggalkan tetapi perkara yang hanya menjadi bahan hiburan sementara diagung-agungkan.
Jikalau anda pelajar biasa dan bukan terpilih,mungkin anda tidak merasakan pengorbanan yang dilaburkan untuk anda.
Bersyukurkah anda?
Hari ini,kita banyak lebih tahu perkara yang tidak sepatutnya daripada perkara yang patut?
Sudah hafal berapa surah dalam Al-Quran berbanding story line cerita Korea?
Kita semua diracuni oleh serangan pemikiran orang kafir.
"Umat Islam tidak perlu ditentang dan dibunuh, mereka hanya perlu diracuni dan dilalaikan"
Oleh itu tidak hairan jika hari ini, anda bertanya "Bilakah tarikh lahir anda dalam Kalendar Hijriyyah?"
Belum tentu seorang Imam boleh menjawab........
Sunday, December 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment