Sunday, October 26, 2008

Kelebihan Qiyamullail

Salah satu daripada nikmat yang saya rasa paling berharga pernah saya kecapi ialah qiyamullail.
Masih ingat ketika bersekolah dahulu di tingkatan 1, apabila diminta senior-senior untuk ke masjid, pada pukul 11 malam, dengan membawa selimut dan bantal.
Semua orang nervous ketika itu sebab tak pernah tidur dekat masjid, ader yang cakap senior akan kejut pukol 2-3 pagi dan letak tengah2 hutan belakang sekolah untuk uji kekuatan diri (wallahua'alam sejauh mana).

Boleh kater hampir tiap2 minggu kami berqiyamullail di sekolah. Bangun pukul 4.30 pagi.
Pernah sekali kejadian yang tak dapat dilupakan, bagaimana terlupa nk bawak seluar yg bersih untuk dipakai semasa pakai jubah. Sudahla Form 1 maser tu (9 tahun lepas), blur2 lagi, mujur cari2 kain pelikat dekat tangga masjid dan terjumpa.

Diceritakan pulak masjid sekolah saya dlu luasla jgak, tetapi lantai (mozek) takder karpet, (mungkin skang dah karpet kot). Dan ader satu sudut tu, tak jauh daripada lampu jalan. "Port" inilah rasernyer yang paling nikmat buat qiyamullail,dengan cahaya yang sederhana kita sujud menyembah Allah yang maha Esa...
Bila teringat dosa2 kita, perbuatan... dan sebagainya terkeluar air mata kita mengenangkan nasib diri kita hamba Allah yang sangat hina ini.

Mmg nikmat...terasa macam Allah dengan kita dekat sangat....terasa macam dh takder benteng antara kita dengan Allah. Terutama bila waktu sunyi tu.
Rindunyerlah saat2 tu...

Berbalik kepada fadhilat qiyamullail ini, Umar Abd Aziz ader berkata “Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat” berulang-ulang.


Dari Aisyah r.a katanya: “Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;” Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?” Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda, “Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.” (Muttafaqun ‘alaih)

Itu Rasulullah, orang yang memang sudah dijamin syurga, kita yang entah tentu atau tidak di akhirat ni,bleh malas plak buat solat malam.

Dari Ibnu Mas’ud r.a katanya: “Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi - yakni tidak bangun untuk bersolat malam, lalu beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “orang itu sudah dikencingi syaitan dalam kedua-dua telinganya” atau beliau sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “di telinganya.” (Muttafaqun ‘alaih)

Kelebihan qiyamullail ni, mmg tak terkira, jd kalo saper2 yg raser ssah nak bgun tu, hayati betul2 hadis di atas. Kalo boleh minta member2 terdekat kejut pon takper jgak.

Panduan nk qiyamullail.
Solat hajat (first)
Solat Tahajjud(second)
Witr

Konsep paling penting skali adalah kita anggap kita berada betul2 didepan Allah, mengadulah sepuas2nya masalah kita, dosa yang kita lakukan. Minta taubat, minta kekuatan dari rabbul izzati. nescaya, Allah akan menolong kita.

Insya Allah..

PS: Rindu juga saat berdiri dalam halaqah beramai bernasyid "beramal kerana Allah",
pastu takbir "Allahuakbar"...
aduish...alangkah bahagianya kalau boleh putar kembali maser tu..

No comments: