Salah satu daripada makhluk Allah yang saya paling segan maser kat sekolah dlu, adalah kaum perempuan.
Saya ni pantang sket kalo tengok perempuan yang bukak aurat dn sosial. Biasanya saya akan buat bodoh dn raser timbul perasaan benci dekat perempuan macam tu.
Tetapi, sekarangni saya lebih terbuka, even dh boleh bercakap dengan mereka.
Sebab rasernyer, kadang2 mereka ni bukanla jahat sangat. Cuma, kesedaran dan tanggung jawab mereka sebagai hamba Allah masih mereka tidak ketahui.
Samada family macamtu ker...ataupun mereka tak berpeluang untuk dapat tarbiyyah dan biah solehah daripada persekitaran ini. Kalau kiter tengok balik2, jd perempuan ni sebenarnya ssahla jgak, (point of view logic).
Tetapi, sebabtu la Allah suroh kiter mendalami Islam, Al-Quran, belajar ilmu agama betul2, kerana kalau kiter ikot logik, mmg sampai biler2 kiter akan berburuk sangka dengan Allah(nauzubillahi min zalik)
Ader orang kater, jadi pompuan ni, susah sebab...
1.Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding
lelaki.
2.Wanita perlu meminta izin dari suaminya
apabila
mau
keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3.Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4.Wanita menerima pusaka (warisan) kurang dari
lelaki.
5.Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung
dan
melahirkan anak.
6.Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak
harus selalu taat pd isterinya.
7.talak terletak di tangan suami dan bukan
isteri.
8. By default perempuan yang selalu kena senggugut akan menderita kesakitan.
WALAUBAGAIMANA PUN....
Pernahkan antum/antunna fikir..
Benda yg mahal harganya tentu akan dijaga dan
dibelai
serta disimpan ditempat yg teraman dan terbaik.
Sudah
pasti intan permata tidak akan dibiar terserak
bukan?
Itulah bandingannya dgn seorg wanita Islam.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib
taat
kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi
harta
itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu
diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima
pusaka perlu menggunakan hartanya utk isteri dan
anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan
melahirkan
anak, tetapi setiapsaat dia didoakan oleh segala
makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH
dimukabumi
ini, dan matinya jika karena melahirkan adalah
syahid.
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga
melalui
mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4
syarat saja : Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan
Ramadhan, taat suaminya dan menjaga
kehormatannya.
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah
tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima
pahala seperti pahala org pergi berperang
fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.
Sayangnyer Allah kepada kaum perempuan....berbagai kelebihan yg diberi.
Semoga yang membaca, dapat menyebarkan pengajaran yg terdapat dr diatas.
Wasssalam
Sunday, October 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment