Apabila kita beristighfar mengenangkan kejadian kita..kita haruslah mengingati balik dan menginsafi kejadian kita.
Salah satu daripada perkara yang penting yang kita kehendaki adalah keredhaan Allah.
Hanya dengan keredhaan Allah kita dapat mengecapi nikmat sebenar hidup ini.
Apabila dunia dijadikan sebagai panduan dan rujukan maka tunggulah bala daripada Allah S.W.T
Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi drpd Saidina Ali RH yg bermaksud:
“Apabila umat telah melakukan 15 perkara, maka bala’ pasti akan turun kpd mereka. Lalu ditanya tentang apakah itu wahai Rasulullah? Jawab baginda:
1. Apabila hasil kekayaan negara hanya beredar dikalangan golongan tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan satu sumber dalam mengaut keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut sahaja kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Anak terlalu mementingkan kawan
7. Anak juga menjauhkan diri drpd bapanya
8. Pertengkaran berlaku di dalam masjid
9. Yang menjadi pemimpin dikalangan mereka ialah orang yang paling hina diantara mereka
10. Seseorang itu dipandang tinggi kerana ditakuti kejahatannya
11. Arak sudah diminum secara terang2an di merata tempat
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
13. Para isteri yg tidak bermoral disanjung tinggi
14. Muzik banyak dimainkan
15 Generasi akhir umat ini melaknat generasi pertama (para sahabat).
Maka pada ketika itu, mereka bakal ditimpa oleh angin merah atau gempa bumi atau diubah keadaan mereka menjadi haiwan.”
Semoga kita mengambil iktibar dari hadis ini, Insya Allah
Tuesday, October 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment