Wednesday, December 2, 2009

Aku yang tidak tahu bersyukur...........

Alhamdulillah.

Muslimin-muslimat sekalian.

Sesungguhnya manusia ini sentiasa lupa.Lupa untuk bersyukur kepada Allah S.W.T.
Kita lupa atas nikmat dan pemberian Allah S.W.T.

Analogi yang cukup mudah;sebagai manusia biasa kita mesti sentiasa mahu dihargai dan diappresiasi keatas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Seorang isteri sudah pasti mahu suaminya menghargai pengorbanan beliau sebagai isteri.
Seorang guru sudah tentu pasti mahu anak muridnya menghormati pengorbanan beliau sebagai seorang guru.
Seorang rakan sudah pasti mahu sahabatnya menghargai pengorbanannya sebagai seorang sahabat.
Sudah tentu, kita mahu orang berterima kasih, kalau tidak membalas sekalipun kebaikan kita.

Zalimlah Allah S.W.T jika mempunyai sifat seperti kita.
Sudah pasti setiap masa dan setiap saat dimuka bumi ini akan ditimpa bencana kerana teramata sedikit orang yang bersyukur.

Berapa ramai orang yang tidak bersyukur.Aku juga tidak terkecuali daripada golongan ini.
Merintih bila ditimpa ujian,bila dikecewakan.
Disaat menerima nikmat dan pemberian Allah,tidak tahu berterima kasih.

Tidak menghargai nikmat dan pemberian Allah S.W.T

Apakah tujuan hidup?
Mencari kenikmatan di dunia sementara?

15 Zulhijjah 1430
Bd. Agutte-Sembat
Grenoble

1 comment:

Faiz said...

salam akhi..

Jzkk ats peringatan. Moge kite sentiasa tergolong dikalangn mereka yg tk pernah putus bersyukur akn nikmatNYA=)